SEBAB BERLAKU PEPERANGAN BADAR

1.Setelah 2 tahun Rasulullah berada di Madinah, pengaruh islam semakin kuat dan mendapatsokongan masyarakat Madinah.
2.Rasulullah dan umat islam sentiasa dalam keadaan kebimbangan kerana tindakan kafir Qurais Mekah bercita-cita untuk menghancurkan islam.

3.Rasulullah sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat intipan dan siasatan terutama dilaluan pedagang kafir qurais yang melalui Madinah.
4.Pedagang Qurais melalui Madinah dalam perjalanan pulang dari Syam dengan membawa harta yang banyak.Rasulullah bercadang untuk membuat sekatan dengan tujuan untuk merampas barang dagangan mereka.
5.Rancangan orang islam untuk menyekat dagangan mereka akhirnya telah menjadi sebab berlaku peperangan Badar ini.Apabila orang kafir mengetahui rancangan tersebut, mereka merasa bimbang dan telah menghantar wakil keMekah memohon bantuan bagi menghalang tentera islam. Para pembesar dan orang kenamaan kafir bersiap keluar mencabar dan melancarkan serangan terhadap tentera islam.

2 ulasan:

  1. Mohon tambah fakta kenapa pekara itu dibuat. Kerana sebelum itu pihak musryikin Makkah telah merampas, menjual dan mencuri semua harta milik orang Islam yang ditinggalkan di Makkah Nabi Muhammad SAW tidak sewenangnya mahu berperang utk merampas harta orang lain

    BalasPadam