Piagam Madinah


1. Piagam Madinah adalah satu perlembagaan bertulis yang berbentuk perjanjian antara seluruh penduduk Kota Madinah iaitu orang Ansar, Muhajirin, Yahudi dan orang bukan islam yang tinggal di Madinah.

2. Piagam ini berlaku pada tahun petama hijrah.

3. Sebab berlaku kerana ia merupakan satu langkah untuk menyebarkan agama islam dan pembentuksn negara islam.

Tujuan dan matlamat piagam ini adalah :-

1. Untuk memberi peluang dalam mempergiatkan seruan dakwah islam keseluruh negara.

2. Nabi Muhammad berazam untuk mendirikan sebuah negara yang akan melindungi agama islam.

3. Bagi menyatupadukan antara kaum dan suku tanpa memandang bangsa atau warna kulit.

4. Untuk membendung usaha-usaha jahat orang yahudi dan musuh islam dari luar dan dalam negeri.

5. Untuk membentuk suatu disiplin dikalangan masyarakat islam sendiri agar mereka menjadi satu umat yang kuat dan disegani.

5. Piagam Madinah merupakan perlembagaan negara islam yang lengkap. Ia merangkumi aspek agama, budaya, sosial, politik, ekonomi dan hubungan dalam dan liuar negara.

Piagam ini mengandungi 10 bab dan 46 fasal. Kandungan secara ringkas adalah sepeti berikut :-

i.  Nabi Muhammad adalah Ketua Negara Madinah, bertindak sebagai hakim dalam memutuskan sesuatu permasaalahan.

ii. Umat islam dan Yahudi hendaklah hidup sebagai satu bangsa(umat).

iii. Kedua-dua belah pihak bebas menjalankan tuntutan agama masing-masing dan tidak boleh diganggu dan dicaci.

iv. Jika salah satu pihak di serang musuh dari luar, hendaklah satu pihak lagi membantu.

v.  Kedua-dua belah pihak hendaklah bersama-sama mempertahankan Kota Madinah apabila diserang musuh.

vi. Berhak memberi hukuman kepada orang yang membuat kerosakkan dan memberi keamanan kepada orang yang taat.

vii. Hendaklah melakukan kebaikan dan nasihat antara mereka, tidak berlaku zalim atai tindas menindas sesama mereka.

x.  Berlaku hukum kisas antara mereka. Oleh itu setiap suku adalah berkewajipan melindungi anak buahnya.

xi.  Tidak boleh melindungi musuh.

xii. Semua puak tidak dibenarkan membuat perjanjian atau pakatan dengan golongan lain diluar Madinah tanpa kebenaran Nabi Muhammad.

Kesan Piagam :-

i.  Orang-orang Yahudi mengakui Nabi Muhammad sebagai ketua mereka walaupun tidak mengakui kerasulan baginda.

ii.  Wujud negara islam pertama dimana piagam itu mengandungi aspek politik, keagamaan, kemasyarakatan,ekonomi perdagangan dan sebagainya.

iii. Memberi peluang kepada penduduk Madinah dan sekitarnya mengenal islam dengan lebih dekat lagi.

iv.  Masyarakat Madinah menjadi satu masyarakat yang kuat dan kukuh sehingga dapat mempertahankan kedaulatan negara.

v.  Melahirkan masyarakat yang harmoni antara agama dan kaum kerana masing-masing mengamalkan agama masing-masing.

vi. Keadaan yang aman telah memajukan ekonomi negara.

Hikmat :-

Melalui Piagam Madinah ini semua penduduk Madinah berada dalam keadaan aman dan mereka bebas melakukan ibadat masing-masing.

0 ulasan:

Catat Ulasan