SOALAN UJI MINDA

1.Bilakah berlakunya Perang Badar ?

2.Sebutkan bilangan tentera yang terlibat ?

3.Apakah nama lain bagi Peperangan Badar ?

4.Apakah sebab berlakunya Peperangan Badar ?

5.Tuliskan 3 tokoh islam yang terlibat dalam Peperangan Badar ?

NAMA TOKOH-TOKOH ISLAM YANG MENYERTAI PEPERANGAN BADAR

1.Saidina Abu Bakar As-Siddiq
2.Saidina Omar bin Al-Khatab
3.Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib
4.Saidina Ali bin Abi Talib
5.Ubaidah bin Harith
6.Zubir bin Al-Awwam

BILANGAN TENTERA YANG TERKORBAN
Islam
Mati syahid : 14 orang

Kafir
Terbunuh : 70 orang
Ditawan : 70 orang
Abu Jahal juga turut terbunuh

PERISTIWA PEPERANGAN

Pertempuran satu lawan satu

Wakil Islam
1.Ubaidah bin Harith
2.Hamzah bin Abdul Mutalib
3.Ali bin Abi Talib

Wakil Kafir Qurais
1.Utbah bin Rabiah
2.Syaibah bin Rabiah
3.Al-Walid bin Utbah

Pertempuran dimenangi oleh pihak tentera islam.

SEBAB BERLAKU PEPERANGAN BADAR

1.Setelah 2 tahun Rasulullah berada di Madinah, pengaruh islam semakin kuat dan mendapatsokongan masyarakat Madinah.
2.Rasulullah dan umat islam sentiasa dalam keadaan kebimbangan kerana tindakan kafir Qurais Mekah bercita-cita untuk menghancurkan islam.

Perjanjian dengan masyarakat bukan islam

1. Setelah mendirikan masjid, baginda menyusun dan melakukan beberapa perkara terutama sekali menyatupadukan umat melalui persaudaraan islam.
2. Allah memerintahkan supaya menyatupadukan umat melalui persaudaraan islam demi keamanan Madinah , nabi telah membuat perjanjian dengan orang Yahudi.

3. Beberapa langkah dan cara nabi lakukan untuk menyatupadukan umat seperti :-
i. Menghapuskan permusuhan diantara kaum Aus dan Khazraj.
Ii. Menyatukan kaum Aus dan Khazraj dengan proses perkhawinan campur.
Iii. Kaum Aus dan Khazraj yang telah bersatu padu digelar kaum Ansar.
Iv. Kaum Ansar menunjukkan kasih sayang yang tinggi terhadap kaum Muhajirin yang berhijrah dari Mekah.
V. Perkhawinan campur diantara Kaum Muhajirin dan Ansar.
4. Kepada penduduk Madinah yang lain seperti Yahudi Madinah, nabi telah membuat perjanjian keamanan seluruhnya seperti :-
i. Tidak memerangi orang islam
ii. Bebas untuk beragama
iii. Tidak membahayakan keselamatan umat islam

Pembinaan Masjid Nabawi


1. Masjid adalah salah satu institusi penting yang diasaskan
oleh nabi sebagai tempat ibadat dan sebagainya.

2. Pada tahun pertama hijrah nabi telah membina Masjid
Nabawi sebaik sahaja baginda sampai di Madinah.

Pengenalan masyarakat Yathrib (Madinah)


1. Penduduk Madinah terdiri daripada berbagai kaum seperti Kaum Aus, Khazraj, Yahudi dan kabilah yang kecil.

2. Kaum Khazraj adalah penduduk terbesar di Madinah.

3. Suasana Madinah sebelum kedatangan islam :-
i. Kaun Aus dan Khazraj sering berperang dan berbunuhan.
ii. Kebanyakan penduduk Madinah bekerja sebagai petani.
iii. Sebahagian penduduknya tinggal dilereng-lereng bukit dan lembah.
Iv. Kebanyakkan penduduk Madinah menyembah berhala dan sentiasa berusaha mencari kebenaran

Piagam Madinah


1. Piagam Madinah adalah satu perlembagaan bertulis yang berbentuk perjanjian antara seluruh penduduk Kota Madinah iaitu orang Ansar, Muhajirin, Yahudi dan orang bukan islam yang tinggal di Madinah.

2. Piagam ini berlaku pada tahun petama hijrah.

3. Sebab berlaku kerana ia merupakan satu langkah untuk menyebarkan agama islam dan pembentuksn negara islam.

PEPERANGAN UHUD

Berlaku pada tahun ketiga hijrah di Bukit uhud.
Sebab : Orang Qurais ingin menuntut bela kekalahan pada Perang Badar yang lalu.
Tentera Qurais = 3000 orang diketuai – Abu Sufian bin Harb
Tentera Muslimin = 1000 orang diketuai –

Tindakan keatas tawanan Peperangan Badar

Rasullullah berunding dengan para sahabat cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tawanan perang badar.
Saidina Umar mencadangkan supaya semua tawanan dibunuh.
Saidina Abu Bakar mencadangkan diambil tebusan keatas mereka dan Rasulullah bersetuju.
Tindakan yang diambil terhadap orang tawanan ialah :
  1. Tawanan yang pandai dikehendaki mengajar seramai 10 orang anak-anak orang islam membaca dan menulis sehingga pandai.
  2. Tawanan yang kaya dikehendaki membayar tebusan sebanyak 1000 hingga 4000 darham.
  3. Tawanan yang fakir dan tidak pandai dibebaskan dengan syarat mereka tidak memerangi orang islam.

PERANG BADAR

 Dikenali peperangan Safwan