Pengenalan masyarakat Yathrib (Madinah)


1. Penduduk Madinah terdiri daripada berbagai kaum seperti Kaum Aus, Khazraj, Yahudi dan kabilah yang kecil.

2. Kaum Khazraj adalah penduduk terbesar di Madinah.

3. Suasana Madinah sebelum kedatangan islam :-
i. Kaun Aus dan Khazraj sering berperang dan berbunuhan.
ii. Kebanyakan penduduk Madinah bekerja sebagai petani.
iii. Sebahagian penduduknya tinggal dilereng-lereng bukit dan lembah.
Iv. Kebanyakkan penduduk Madinah menyembah berhala dan sentiasa berusaha mencari kebenaran
.
4. Kaum Yahudi Madinah terbahagi kepada tiga puak yang besar iaitu -
1. Bani Nadhir
2. Bani Kainuka` .
3. Bani Kuraizah

5. Kebanyakan penduduk Yahudi Madinah berniaga dan sering menipu didalam perniagaan.

6. Apabila islam sampai ke Madinah dan berkembang kaum Aus dan Khazraj dikenali sebagai kaum Ansar.

7. Orang islam yang berhijrah dari Mekah dikenali sebagai Muhajirin.

0 ulasan:

Catat Ulasan