SOALAN UJI MINDA

1.Bilakah berlakunya Perang Badar ?

2.Sebutkan bilangan tentera yang terlibat ?

3.Apakah nama lain bagi Peperangan Badar ?

4.Apakah sebab berlakunya Peperangan Badar ?

5.Tuliskan 3 tokoh islam yang terlibat dalam Peperangan Badar ?

NAMA TOKOH-TOKOH ISLAM YANG MENYERTAI PEPERANGAN BADAR

1.Saidina Abu Bakar As-Siddiq
2.Saidina Omar bin Al-Khatab
3.Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib
4.Saidina Ali bin Abi Talib
5.Ubaidah bin Harith
6.Zubir bin Al-Awwam

BILANGAN TENTERA YANG TERKORBAN
Islam
Mati syahid : 14 orang

Kafir
Terbunuh : 70 orang
Ditawan : 70 orang
Abu Jahal juga turut terbunuh

PERISTIWA PEPERANGAN

Pertempuran satu lawan satu

Wakil Islam
1.Ubaidah bin Harith
2.Hamzah bin Abdul Mutalib
3.Ali bin Abi Talib

Wakil Kafir Qurais
1.Utbah bin Rabiah
2.Syaibah bin Rabiah
3.Al-Walid bin Utbah

Pertempuran dimenangi oleh pihak tentera islam.

SEBAB BERLAKU PEPERANGAN BADAR

1.Setelah 2 tahun Rasulullah berada di Madinah, pengaruh islam semakin kuat dan mendapatsokongan masyarakat Madinah.
2.Rasulullah dan umat islam sentiasa dalam keadaan kebimbangan kerana tindakan kafir Qurais Mekah bercita-cita untuk menghancurkan islam.

Perjanjian dengan masyarakat bukan islam

1. Setelah mendirikan masjid, baginda menyusun dan melakukan beberapa perkara terutama sekali menyatupadukan umat melalui persaudaraan islam.
2. Allah memerintahkan supaya menyatupadukan umat melalui persaudaraan islam demi keamanan Madinah , nabi telah membuat perjanjian dengan orang Yahudi.

3. Beberapa langkah dan cara nabi lakukan untuk menyatupadukan umat seperti :-
i. Menghapuskan permusuhan diantara kaum Aus dan Khazraj.
Ii. Menyatukan kaum Aus dan Khazraj dengan proses perkhawinan campur.
Iii. Kaum Aus dan Khazraj yang telah bersatu padu digelar kaum Ansar.
Iv. Kaum Ansar menunjukkan kasih sayang yang tinggi terhadap kaum Muhajirin yang berhijrah dari Mekah.
V. Perkhawinan campur diantara Kaum Muhajirin dan Ansar.
4. Kepada penduduk Madinah yang lain seperti Yahudi Madinah, nabi telah membuat perjanjian keamanan seluruhnya seperti :-
i. Tidak memerangi orang islam
ii. Bebas untuk beragama
iii. Tidak membahayakan keselamatan umat islam