Pembinaan Masjid Nabawi


1. Masjid adalah salah satu institusi penting yang diasaskan
oleh nabi sebagai tempat ibadat dan sebagainya.

2. Pada tahun pertama hijrah nabi telah membina Masjid
Nabawi sebaik sahaja baginda sampai di Madinah.

3. Masjid Nabawi didirikan ditanah lapang kepunyaan dua
orang anak yatim Bani Najar Sahal dan Suhail bin Amru yang
telah dibeli oleh Nabi.

4. Sebahagian daripada rupa bentuk pembinaan masjid :-
i. Dibina dari tanah liat
ii. Tingginya 7 hasta, lebarnya 58 hasta dan panjangnya 63 hasta
iii. Kiblatnya pada peringkat awal menghadap ke Baitul Maqdis
iv. Ada 3 pintu utama iaitu Babul Rahmah , Babul Makrab dan
Babul Osman
v. Terdapat dua bilik yang disediakan untuk Aisyah dan Saudah

5. Masjid digunakan sebagai tempat ibadat umat islam , berjual
beli, menetapkan hukuman, bermesyuarat termasuklah perkara –
perkara yang berkaitan dengan pentadbiran.

6. Nabi Muhammad turut sama dengan para sahabat untuk
mendirikannya. Penglibatan baginda secara tidak langsung dapat
mempereratkan hubungan antara baginda dan umat islam dan
antara umat islam itu sendiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan